InvestSmart® Series 2018: Tawaran Syiling Permulaan (ICO)
Jurucakap: Chin Wei Min | Organisasi: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Topik: ICO - Adakah anda tahu cukup? Apa yang perlu diperhatikan apabila melabur dalam ICO.
Berminat dengan ICO tetapi APA YANG ANDA TAHU?
00| APA ITU ICO?
Initial Coin Offering (ICO) adalah satu pengumpulan dana yang membabitkan penawaran token bagi membiayai sesuatu projek atau aktiviti perniagaan.
Sekiranya ICO mempunyai ciri-ciri produk pasaran modal, penganjur atau penaja perlu mematuhi undang-undang sekuriti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
01| RISIKO TINGGI / PENIPUAN
Berhati-hati sekiranya ICO menjanjikan jaminan pulangan modal yang tinggi. JANGAN MUDAH TERPEDAYA!
02| PENGANJUR/PENAJA
Dapatkan maklumat terperinci mengenai penganjur atau penaja ICO berkenaan. Pembabtitan orang kenamaan dan selebriti tidak bermaksud ianya sah disisi undang undang.
Buat kajian terperinci terlebih dahulu!
03| PENDEDAHAN MAKLUMAT
Adakah anda mempunyai maklumat lengkap berkenaan ICO tersebut, projek atau perniagaan yang akan dijalankan dan hak anda sebagai pelabur?
Sekiranya anda mempunyai keraguan, dapatkan nasihat professional.
04| RISIKO KERUGIAN PELABURAN
Projek atau perniagaan berasaskan ICO mempunyai risiko yang tersendiri.
Berhati-hati, anda mungkin menanggung risiko kerugian!
05| ICO DARI LUAR NEGARA
Terdapat ICO yang ditawarkan oleh penaja dari luar negara. Oleh itu, hak anda mungkin terhad.
Sentiasalah berwaspada!
============================
Sebarang Pertanyaan
>>Sila Klik SINI<<
============================
Berkongsi Peluang KreptoKoin
>> Sila Klik SINI<<Sebarang Pertanyaan
>>Sila Klik SINI<<